Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access                                                                                            Bahasa Melayu | English                            


  Selamat Datang Pelawat  

  Selasa, 21hb November 2017  

BESUT, 10 Jamadilawal 1438H, Selasa – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedia bekerjasama dengan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi membantu pensyarah menerbitkan buku penulisan mereka dalam pelbagai bidang sebagai usaha meningkatkan penulisan ilmiah dalam Bahasa Melayu.
Ketua Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan DBP, Dr Amran Joned berkata, DBP sentiasa menggalakkan pensyarah mengembangkan bidang ilmu mereka dalam bentuk buku yang masih kurang berbanding 3,000 pensyarah yang berada di 27 buah IPGM di seluruh negara sekarang.
Katanya, terdapat ramai pensyarah IPGM yang mahir dalam pelbagai bidang tetapi usaha belum dibuat untuk menarik mereka menulis dan menerbitkan buku untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat umum di negara ini.
“Justeru, DBP sanggup mengadakan bengkel bagi memastikan para pensyarah dapat terus menulis dan menerbitkan penulisan mereka secara tersusun dan menepati matlamat DBP,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Bengkel Perolehan Judul Penerbitan Berpakej DPB untuk 120 pensyarah Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan Besut di IPGM berkenaan di sini hari ini.
Menurut Amran, DBP mempunyai pelbagai cabang penerbitan yang membolehkan pensyarah menulis selain buku iaitu majalah, penerbitan kanak-kanak, jurnal dan ensiklopedia bagi mengetengahkan bidang masing-masing dalam bentuk penulisan.
“Buat masa ini, pelbagai cabang ilmu dan pengetahun yang dimiliki para pensyarah di IPG amat perlu dibukukan termasuk sains dan teknologi untuk tatapan umum,” katanya.

 
Dikemaskini pada 8 Mar 2017
: 83494

--- Powered by FastPublisher Web Content Management System ---