Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access                                                                                            Bahasa Melayu | English                            


  Selamat Datang Pelawat  

  Selasa, 21hb November 2017  

 

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan yang sering ditanya oleh pelawat portal DBP.


Adakah pihak DBP menyediakan perkhidmatan penterjemahan  dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia? Berapakah kadar bayarannya dan tempoh masa yang diperlukan?

Perkhidmatan penterjemah boleh didapati daripada Persatuan Penterjemah Malaysia.  Sila hubungi talian : 03-21424381 (Persatuan Penterjemah Malaysia) untuk maklumat lanjut
.

Bilakah DBP bertukar taraf menjadi sebuah badan berkanun?

Pada tahun 1959, melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, DBP bertukar taraf menjadi sebuah badan berkanun. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu:
(i)   
Menggubal  dasarnya yang khusus;
(ii) 
Menyusun program pembinaan pengembangan bahasa dan sastera; dan
(iii)
Menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara kompetitif|
      menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.


Apakah perbezaan di antara Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia? Adakah langkah menukarkan penggunaan istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia sudah dikuatkuasakan?

Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.

 

Bagaimanakah caranya untuk menghantar artikel atau makalah kepada pihak DBP? Adakah pihak DBP menyiarkan karya penulis luar di dalam majalah terbitannya?

DBP menerbitkan karya penulis luar dalam pelbagai majalah terbitannya seperti Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya , dan sebagainya. Saudara boleh menghantar makalah kepada

Ketua Editor Bahagian Majalah,
Aras 20, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

Nombor Telefon : 03-21479000 atau 03-2147 9449

Sila sertakan surat iringan, 1 salinan manuskrip bersih- ada prakata, biodata penulis  dan sertakan juga salinan lembut (disket). Karya hendaklah ditaip di atas kertas kuarto berwarna putih, dan ditaip jarak langkau dua baris.

Saya ingin menghantar karya-karya saya seperti cerpen dan puisi kepada pihak Dewan Bahasa. Namun saya tidak tahu saluran yang betul untuk menghantar karya-karya saya. Saya harap pihak tuan dapat menerangkan saluran yang paling mudah untuk saya menghantar karya-karya saya seperti menggunakan elektronik dan sebagainya.

Karya dalam bentuk cerpen dan puisi untuk majalah perlu dihantar kepada

 

Ketua Editor Bahagian Majalah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

Nombor telefon : 03-21479000 atau 03-2147 9449

 

 

Bolehkah saya menghantar karya/manuskrip  saya ke DBP untuk diterbitkan? Apakah alamat yang saya perlu hubungi untuk proses penerbitan karya?


Boleh dihantar ke DBP. Bagaimanapun, karya yang sesuai dan diluluskan oleh DBP sahaja yang boleh diterbitkan.

Sila hantar karya ke

Pengarah Penerbitan,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

Nombor telefon: 03-2147 9000 atau 03-2147 9494

 
Dikemaskini pada 9 Sep 2015
: 5435793
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini

--- Powered by FastPublisher Web Content Management System ---