Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access                                                                                            Bahasa Melayu | English                            

PEMAKLUMAN

dddd

  DIMAKLUMKAN BAHAWA PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU TEMA BULAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM YOUTUBE DAN PERTANDINGAN MENCIPTA IKLAN KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN DITANGGUHKAN ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. PIHAK KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN.

  dddd

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA


  Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 23hb Jun 2017  

Tentang DBP > Pengenalan > Fungsi Jabatan dan Bahagian

FUNGSI JABATAN DAN BAHAGIAN

1. Jabatan Dasar dan Penyelidikan

  • Melaksanakan program penyelidikan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat bagi mengenal pasti dan merangka pelan strategik untuk pencapaian misi dan visi DBP.
  • Melaksanakan penyelidikan dan pemiawaian rumus, pedoman dan panduan bahasa Melayu sebagai asas kepada usaha pemerkasaan bahasa Melayu.
  • Meneroka dan memperluas rangkaian kerjasama DBP dengan institusi luar bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program DBP.
  • Melaksanakan penyediaan sejarah, teks dan tokoh karya sastera berbahasa Melayu sebagai asas kepada pemerkasaan sastera kebangsaan.
  • Memperkaya koleksi dan memulihara khazanah kepustakaan Melayu dalam pelbagai bentuk dengan pengkhususan kepada bidang persuratan Melayu sebagai sumber sehenti rujukan pengkaji bahasa Melayu.

 

2. Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera

  • Menyusun, mengemaskini dan menyelenggara pelbagai jenis kamus dan produk kamus.
  • Menyusun, mengemaskini dan menyelenggara pelbagai jenis ensiklopedia dan produk ensiklopedia.
  • Melaksanakan penelitian terhadap kata, kata lama berdasarkan teks Melayu lama, perbendaharaan kata dan istilah bahasa Melayu dan linguistic komputeran, pemprosesan bahasa tabii dan pengurusan pangkalan pengetahuan.
  • Menggubal dan menyelaraskan istilah dalam pelbagai bidang ilmu.
  • Melaksanakan penelitian dan penyusunan bahasa rujukan leksikal seperti kamus istilah, glosari istilah, daftar ejaan jawi, thesaurus bahasa Melayu dan sebagainya.
  • Menjalin rangkaian kerjasama dengan pelbagai institusi (dalam negeri, serantau dan luar negeri.)

 

 

3. Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera

  • Mengembangkan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja, merangkumi pembinaan dokumentasi, pembangunan dan penggalakkan karyawan dan pemasyarakatan dan pengiktirafan dalam dan luar Negara.
  • Mempertugeh sikap dan membentuk kefahaman masyarakat terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu serta mempromosi bahasa dan sastera kebangsaan.
  • Memberikan pengiktirafan dan/atau penghargaan kepada individu dan institusi yang memberi sumbangan besar dalam pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan, dan kepada karya-karya bermutu.
  • Mengawal selia dan memantau penggunaan bahasa kebangsaan.
  • Mengenal pasti dan membina bakat penulis, penghayatan dan seni persembahan dan tenaga pakar (munsyi bahasa/sastera).
  • Mengembangkan bahasa kebangsaan pelbagai kaum, termasuk pengantarabangsaan bahasa dan sastera.
  • Menjalin rangkaian kerjasama dengan pelbagai institusi (dalam negeri, serantau dan luar negeri).

 

 

4. Jabatan Penerbitan

  • Menguruskan penerbitan majalah dan jurnal, buku sekolah, buku umum, buku bahasa, buku sastera, dan buku kanak-kanak dan remaja, sama ada dalam bentuk cetak, elektronik atau multimedia interaktif.
  • Membantu menyediakan bahan untuk promosi majalah dan jurnal, buku sekolah, buku umum, buku bahasa, buku sastera, dan buku kanak-kanak dan remaja.
  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan penerbitan.
  • Mengurus TV Web DBP.
  • Menguruskan kegiatan yang berkaitan dengan harta intelek.

 

5. Jabatan Khidmat Pengurusan

  • Merancang dan menguruskan segala aspek yang berkaitan dengan Pengurusan Sumber Manusia dari segi pengambilan, penempatan, kemajuan kerjaya pegawai, perhubungan perusahaan, faedah-faedah kepada pegawai dan lain-lain yang berkaitan dengan perkhidmatan pegawai.
  • Merancang dan menguruskan keperluan latihan secara sistematik bagi pegawai-pegawai DBP mendapatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugasnya secara cekap dan berkesan, sesuai dengan keperluan organisasi.
  • Menguruskan keperluan khidmat sokongan dari segi teknikal, pengangkutan, penyediaan tempat kerja serta membekalkan segala peralatan serta perkakasan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas Jabatan/Bahagian dengan cekap dan berkesan.
  • Mengawal keselamatan bangunan dan persekitaran dalam dan luar bangunan daripada segala bentuk ancaman gangguan dan musuh.

 

 

 

 

 
: 2208368
 
 

 Kaji selidik

 

Tahap perkhidmatan yang disediakan di Laman DBP(1/11/2014-sekarang)

 

Sangat memuaskan

Memuaskan

Tidak memuaskan

Sangat tidak memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

  13172624131726241317262413172624131726241317262413172624131726241317262413172624 
Hari Ini 418
Semalam 973
Minggu Ini 6123
Minggu Lepas 6913
Bulan Ini 22255
Bulan Lepas 22590
Semua 13172624

Dewan Bahasa dan Pustaka
Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
Telefon:    03-2147 9000
Faksimile: 03-2147 9601

 [Khas Untuk Pengguna QR_Code]

Tarikh akhir kemas kini: 13 Jun 2017

Sekiranya perkhidmatan laman web tidak memuaskan/sangat tidak memuaskan  sila komen di maklum balas.

                    Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil Web | Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta |Pasukan Web |W3C               

 
Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.