Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access                                                                                            Bahasa Melayu | English                            

PEMAKLUMAN

dddd

  DIMAKLUMKAN BAHAWA PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU TEMA BULAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM YOUTUBE DAN PERTANDINGAN MENCIPTA IKLAN KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN DITANGGUHKAN ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. PIHAK KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN.

  dddd

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA


  Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 21hb Julai 2017  

Perkhidmatan > Produk Penyelidikan Bahasa Melayu > Penyelidikan Linguistik > Penyelidikan MABBIM

 

Penyelidikan MABBIM

 

Terdapat tiga projek penyelidikan MABBIM berdasarkan keputusan Jawatankuasa Penyelidikan/Komisi Penelitian MABBIM yang telah/sedang diteliti iaitu Kajian Keberterimaan istilah MABBIM Ilmu Dasar (Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik), Kajian Variasi istilah MABBIM dan Kajian Sikap Bahasa Generasi Muda Terhadap Bahasa Melayu.

 

1.     Kajian Keberterimaan istilah MABBIM Ilmu Dasar (Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik)

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberterimaan istilah MABBIM bagi keempat-empat bidang dalam Sains Asas/ilmu Dasar iaitu Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik dalam kalangan khalayak pengguna bahasa. Kajian ini menggunakan data daripada Pangkalan Data Korpus (bagi Malaysia) dan juga maklum balas soal selidik (bagi Indonesia dan Brunei Darussalam) sebagai sumber kajian. Selain dibentangkan dalam Seminar MABBIM oleh pihak Malaysia, dapatan hasil kajian ketiga-tiga negara anggota akan diterbitkan leh pihak Indonesia. Dapatan hasil kajian ini telah selesai dan diterbitkan dalam bentuk monograf.

 

2.     Kajian Variasi Istilah MABBIM

Kajian ini dilakukan berdasarkan keputusan Jawatankuasa Penyelidikan/Komisi Penelitian MABBIM. Kajian ini akan meneliti persamaan leksikal yang wujud dalam bahasa Indonesia, bahasa Melayu dan Brunei Darussalam dan Malaysia. Bahasa Melayu di Malaysia (BMM), Brunei Darusslam (BMBD) dan bahasa Indonesia (BI) merupakan variasi bahasa Melayu. BMM dan BMBD merupakan variasi nasional bahasa Melayu di Malaysia dan Brunei Darussalam, manakala BI merupakan variasi nasional bahasa Melayu di Indonesia. Kajian ini telah selesai dilaksanakan.

 

3.     Kajian Sikap Bahasa Generasi Muda Terhadap Bahasa Melayu

Kajian ini dilakukan untuk melihat sikap bahasa generasi muda terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan mereka. Dengan adanya kajian ini, satu perancangan yang lebih teliti diharapkan mampu disediakan untuk memastikan golongan muda di kemudian hari tidak lupa bahasa mereka, malah mempunyai jati diri yang kental untuk mempertahankan, mengembangkan, dan memartabat bahasa Melayu.

 

 

Ø  Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Azizul bin Ismail di talian 03-21482864; atau azizul_i@dbp.gov.my

 
: 831703
 
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini   E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
 
 

 Kaji selidik

 

Tahap perkhidmatan yang disediakan di Laman DBP(1/11/2014-sekarang)

 

Sangat memuaskan

Memuaskan

Tidak memuaskan

Sangat tidak memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

  13198828131988281319882813198828131988281319882813198828131988281319882813198828 
Hari Ini 189
Semalam 1107
Minggu Ini 6318
Minggu Lepas 7333
Bulan Ini 22052
Bulan Lepas 26407
Semua 13198828

Dewan Bahasa dan Pustaka
Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
Telefon:    03-2147 9000
Faksimile: 03-2147 9601

 [Khas Untuk Pengguna QR_Code]

Tarikh akhir kemas kini: 13 Jun 2017

Sekiranya perkhidmatan laman web tidak memuaskan/sangat tidak memuaskan  sila komen di maklum balas.

                    Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil Web | Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta |Pasukan Web |W3C               

 
Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.