Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access                                                                                            Bahasa Melayu | English                            


  Selamat Datang Pelawat  

  Sabtu, 23hb September 2017  

Perkhidmatan > Kota Kata

 

KOTA KATA

KATA : FANSI
Bidang: Sastera
Kelas kata: kata nama
Takrif :

daya persepsi yang melibatkan khayalan tetapi berbeza daripada daya imaginasi kerana tarafnya dianggap lebih rendah daripada imaginasi.

 

KATA : FARADAY 
Bidang: kimia
Kelas kata: kata nama
Takrif:

unit untuk mengukur cas elektrik dalam pengiraan elektrokimia. Satu faraday bersamaan dengan 96 487 coulomb per mol

Simbol F

 

KATA  FARSA
Bidang Sastera
Kelas kata kata nama
Takrif persembahan komedi kasar yang bertujuan untuk mencetuskan gelak ketawa, yang memaparkan aksi fizikal yang lucu, watak yang diperbesar-besar, plot yang rumit, dipenuhi peristiwa yang tidak munasabah dan kerap kali bersifat sindiran seksual.

 

KATA  FATAFIZIK
Kelas kata adjektif
Kelas kata fail komputer
Takrif  sistem pemikiran yang mengemukakan penyelesaian tentang sesuatu secara rekaan.

 

KATA  FATALISTIK
Frasa fail meja
Bidang Pengurusan dan Pentadbiran
Takrif

berserah atau bergantung sepenuhnya pada nasib:

Contoh penggunaan Sebagai khalifah Allah di bumi, masyarakat Islam tidak boleh pasif dan bersikap fatalistik, sebaliknya harus aktif, dinamik, kreatif dan produktif.

 

KATA  FEN
Kelas kata kelas nama
Takrif 

(unit) mata wang paling kecil yang digunakan di China. 100 fen bersamaan dengan 10 jiao.

 

KATA  FENILALANINA
Bidang kimia
Kelas kata kata nama
Takrif 

: salah satu asid amino perlu yang banyak terdapat dalam protein tumbuhan, dan merupakan zat makanan yang penting dalam diet.

  

KATA  FENOLFTALEIN
Bidang kimia
Kelas kata kata nama
Takrif 

sebatian organik yang digunakan sebagai penunjuk asid-bes. Sebatian ini tidak berwarna dalam larutan berasid, dan berwarna merah jambu dalam larutan berbes.

 

KATA  FENOMENA
Frasa fenomena air merah
Bidang geografi
Takrif 

fenomena yang dicirikan oleh air yang berwarna merah, biasanya di laut akibat daripada pembiakan fitoplankton yang sangat pantas dan menghasilkan neurotoksin yang boleh membunuh ikan, mencemarkan kerang-kerangan serta  merengsakan pernafasan manusia.

 

 

KATA  FENOMENOLOGI
Kelas kata kata nama
Takrif 

ilmu atau kajian tentang fenomena.

 

 

 
: 426542
 

--- Powered by FastPublisher Web Content Management System ---