Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access                                                                                            Bahasa Melayu | English                            


  Selamat Datang Pelawat  

  Khamis, 21hb September 2017  


TAFSIRAN & TUJUAN 

MUAT TURUN TATAURUSAN TABUNG DERMA CIPTA

 TATAURUSAN DERMA CIPTA DEWAN


TAFSIRAN

  • Tabung Derma Cipta Dewan
    Tabung Derma Cipta Dewan
    Dewan Bahasa dan Pustaka
     
  • DBP/Dewan
    Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.


  • Tataurusan
    Tataurusan ini sebagaimana yang digubal pada asalnya atau sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa, mengikut keperluan.
  • Alamat
    Urus Setia Derma Cipta Dewan,
    Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik,
    Tingkat 28, Menara DBP,
    Jalan Dewan Bahasa
    50460 KUALA LUMPUR.

  • Projek
    Projek termasuklah apa-apa juga projek penyelidikan dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan; atau penulisan dalam pelbagai bentuk; atau projek-projek lain dalam bidang bahasa, sastera dan budaya yang berbentuk persembahan, seminar, produksi, audio-visual dan sebagainya yang bersesuaian dengan matlamat Dewan, sama ada yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ataupun pihak lain.
  • Panel Penasihat
    Panel Penasihat Tabung Derma Cipta, Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Jawatankuasa Pelaksana
    Jawatankuasa Pelaksana Tabung Derma Cipta, Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Penulis
    Orang, institusi atau badan yang menghasilkan karya dalam bentuk kreatif, umum dan/atau ilmiah.
  • Pemohon
    Orang, institusi atau badan yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan Tabung Derma Cipta.
  • Penerima
    Orang, institusi atau badan yang menerima bantuan Tabung Derma Cipta.

TUJUAN

Tabung Derma Cipta  ini bertujuan untuk:

a. Mengumpulkan dana bagi membiayai pelaksanaan projek.

b. Membolehkan mana-mana badan atau institusi awam dan
    swasta, atau individu sama-sama menyumbang bagi membiayai
    projek.

c. Membantu orang, badan atau institusi untuk melaksanakan
   projek, atau menghasilkan karya bagi meningkatkan khazanah
   ilmu dan persuratan sesuai dengan matlamat penubuhan Dewan
   Bahasa dan Pustaka.

 


 

 
: 4208969
 

--- Powered by FastPublisher Web Content Management System ---