Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access                                                                                            Bahasa Melayu | English                            


  Selamat Datang Pelawat  

  Selasa, 21hb November 2017  

 KUMPULAN SELENDANG BUDAYA DBP

Kumpulan Kebudayaan Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada tahun 1973.  Kumpulan Kebudayaan ini merupakan salah sebuah kumpulan korporat Dewan Bahasa dan Pustaka yang masih bergiat aktif sehingga kini.  Bermula dari tahun 1998, kumpulan ini dikenal sebagai Kumpulan Selendang Budaya DBP.  Kumpulan ini dianggotai oleh 21 orang ahli  daripada kalangan kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (terdiri daripada tujuh lelaki dan 14 perempuan).   

Penubuhan Kumpulan Selendang Budaya DBP bertujuan memperkembang dan mengekalkan warisan budaya dan kesenian Melayu yang semakin dilupakan oleh sesetengah pihak.  Di samping menghiburkan dan menceriakan pelbagai majlis, terutamanya yang dianjurkan oleh DBP dan pihak luar, kumpulan ini juga berperanan

Antara program yang pernah disertai ialah Festival Antarabangsa Kebudayaan Rakyat Songkla (Oktober 1981), Festival Antarabangsa Kebudayaan Rakyat Musim Panas di Scazhalombatta, Hungary (13-22 Ogos 1997) dan Festival Dunia - Perarakan Brunssum 2000 di Brunssum, Holland.

memperkenalkan budaya dan kesenian Melayu pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


 
: 4230124
 

--- Powered by FastPublisher Web Content Management System ---