Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access                                                                                            Bahasa Melayu | English                            

PEMAKLUMAN

dddd

  DIMAKLUMKAN BAHAWA PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU TEMA BULAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM YOUTUBE DAN PERTANDINGAN MENCIPTA IKLAN KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN DITANGGUHKAN ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. PIHAK KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN.

  dddd

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA


  Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 23hb Jun 2017  

DBP dan Masyarakat > Aktiviti > Kegiatan Sastera Antarabangsa

 

 PROMOSI SASTERA DAN SASTERAWAN

Pertemuan Penulis Asia Tenggara (PPAT) 
Pembinaan LAMAN WEB PENULIS ASIA TENGGARA ini adalah hasil resolusi Pertemuan Penulis Asia Tenggara tahun 2001 (26 hingga 29 Oktober) di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Laman yang dicadangkan bertujuan sebagai laman serantau untuk komunikasi, pertukaran maklumat dan sebagai arkib bagi karya-karya sastera.    
       
Melalui pewujudan laman web ini diharap akan merapatkan lagi hubungan, pengertian dan kerjasama Kesusasteraan Asia Tenggara sebagai warga sastera dunia yang berwibawa; memantapkan penyebaran dan penggunaan bahasa Melayu/Indonesia sebagai wahana komunikasi, media ilmu pengetahuan dan media pengucapan seni ke peringkat rantau dan antarabangsa.

Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (PPDKL)
Acara Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (PPDKL) diadakan pada tahun 2002 dengan temanya "Puisi dalam Kehidupan Masa Kini".  Walaupun PPDKL masih muda usianya, namun sudah menunjukkan kedewasaan dalam gerak dan tingkah, fikir dan pandang.  Oleh yang demikian, dalam PPDKL tahun 2002, beberapa orang penyair terkenal di persada  puisi antarabangsa telah mencadangkan supaya Dewan Bahasa dan Pustaka membina Laman Web PPDKL yang telah dilancarkan pada 16 Ogos 2004, oleh Y.B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Anugerah S.E.A./S.E.A. Write Award
S.E.A. Write Award adalah Anugerah Penulis-penulis Asia Tenggara yang diwujudkan bagi mengiktiraf para penulis dan penyair terkemuka di negara-negara rantau ASEAN. Negara-negara ASEAN termasuklah Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Sebagai penghargaan kepada tradisi kesusasteraan, Anugerah S.E.A. Write telah diwujudkan pada awal tahun 1979 untuk menggalak para penulis di negara-negara ASEAN berkarya dan juga sebagai pengiktirafan kepada bakat dan kreativiti karya mereka.


 KEGIATAN SASTERA ANTARABANGSA

Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara
(SAKAT)
  

Persidangan Antarabangsa Kesusasteraan dan Festival 
Kesenian Dunia Islam
 


 MAJLIS SASTERA ASIA TENGGARA (MASTERA)

Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA)
Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan institusi nasional yang diberi tanggungjawab  untuk  membina dan  mengembangkan  bahasa  Melayu dan kesusasteraan berbahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.  Sebagai institusi yang  dipertanggungjawabkan atas hal-hal kebahasaan dan kesusasteraan nasional, Dewan Bahasa dan Pustaka turut  terlibat dengan aktiviti di peringkat rantau.Untuk bidang sastera diwujudkan pula MASTERA atau Majlis Sastera Asia  Tenggara yang dipersetujui pada asasnya oleh tiga negara pendiri (Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia) dalam Kongres Bahasa Melayu Sedunia pada 25 Ogos 1995.   

Penubuhan MASTERA telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Datuk Khalid Yunus sempena Majlis Pelancaran MASTERA dan Sidang Ke-1  MASTERA di Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur  pada 12 Ogos 1996.  Majlis itu turut disaksikan oleh  wakil-wakil dari negara Singapura, Filipina, Thailand dan Vietnam. Pada hari  bersejarah itu juga rancangan 5 tahun kegiatan MASTERA  (1996-2000), tiga  negara pendiri telah dibincangkan dan dipersetujui.  

 

 
: 4176345
 
 

 Kaji selidik

 

Tahap perkhidmatan yang disediakan di Laman DBP(1/11/2014-sekarang)

 

Sangat memuaskan

Memuaskan

Tidak memuaskan

Sangat tidak memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

  13172615131726151317261513172615131726151317261513172615131726151317261513172615 
Hari Ini 409
Semalam 973
Minggu Ini 6114
Minggu Lepas 6913
Bulan Ini 22246
Bulan Lepas 22590
Semua 13172615

Dewan Bahasa dan Pustaka
Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
Telefon:    03-2147 9000
Faksimile: 03-2147 9601

 [Khas Untuk Pengguna QR_Code]

Tarikh akhir kemas kini: 13 Jun 2017

Sekiranya perkhidmatan laman web tidak memuaskan/sangat tidak memuaskan  sila komen di maklum balas.

                    Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil Web | Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta |Pasukan Web |W3C               

 
Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.