Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Font Kecil Font Pertengahan Font Besar Font Hitam Font Merah Font Biru Font Hijau Font Kuning Capaian Kurang Upaya (OKU) / Disability Access                                                                                            Bahasa Melayu | English                            

 



  Selamat Datang Pelawat  

  Sabtu, 25hb Mac 2017  

Karya dan Pengiktirafan > Pengiktirafan / Anugerah > Anugerah Sastera MASTERA

PENDAHULUAN

Negara Brunei Darussalam telah melahirkan ramai penulis kreatif yang berpotensi dan established sejak awal tahun 1930-an. Bagaimanapun sejak Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1961 hingga kini belum ada satu anugerah khas diberikan kepada penulis-penulis tanah air. Pengiktirafan besar mereka hanya diberikan melalui SEA Award (Thailand), Hadiah Sastera MASTERA (Malaysia) dan ASEAN-COCI.  Memandangkan, Negara Brunei Darussalam melalui MASTERA Brunei Darussalam telah diamanahkan untuk melaksanakan projek Anugerah Sastera khusus kepada Tokoh atau Penulis dari negara-negara pendiri MASTERA, maka adalah menjadi tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka dan pihak-pihak swasta untuk menangani bersama projek yang dianggap berprestij dan berpotensi ini dengan tujuan:

  • Membuka langkah kepada sikap pemudulian serta keprihatinan bagi
    sama-sama memajukan bidang kesusasteraan bukan sahaja di peringkat
    nasional tetapi juga di peringkat serantau dan antarabangsa
  • Dapat mengangkat imej dan mengharumkan nama Negara Brunei     Darussalam    dalam bidang kesusasteraan baik di peingkat nasinal, serantau   dan   antarabangsa.
  • Untuk mewujudkan perpaduan serta semangat kerjasama antara kerajaan   dan  syarikat swasta.

TUJUAN

  • Sebagai penghargaan, penghormatan dan pengiktirafan kepada tokoh-tokoh  sastera atau penulis atau tokoh pejuang sastera yang menulis dalam bahasa Melayu dan bergiat aktif menurut Panel telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan Asia Tenggara melalui
    karya yang bermutu tinggi atau tokoh pejuang sastera yang memperkembangkan kemajuan sastera
  • Mengangkat martabat sastera Melayu di Asia Tenggara.
  • Mengangkat nama penulis sesebuah negara yang menerimanya.
  • Menjadi pendorong kepada penulis memajukan hasil kesusasteraan.
  • Mewujudkan persefahaman serantau.
  • Melalui Anugerah Sastera ini MASTERA akan memperolehi kajian ilmiah
    tentang hasil karya dan/atau sumbangan kegiatan sastera penerima anugerah
    untuk digunakan sebagai kajian dan rujukan sepanjang zaman.

DASAR PELAKSANAAN

  •  Anugerah ini akan diberikan tiga tahun sekali
  •  Anugerah akan diberikan kepada Tokoh Sastera atau Penulis dari negara
     anggota MASTERA sama ada melalui karya yang bermutu tinggi atau
     pejuang sastera yang bergiat memperkembangkan kemajuan sastera
  •  Kemudahan untuk menerbitkan karya bersesuaian di Negara Brunei
     Darussalam.
  •  Penterjemahan dan penerbitan karya yang difikirkan sesuai ke dalam bahasa
     asing di negara masing-masing.

PEMILIHAN TOKOH ANUGERAH SASTERA MASTERA

  •  Bergiat dalam bidang penulisan kreatif seperti novel, cerpen, drama, sajak,
     kritikan atau dalam kegiatan membina dan mengembangkan sastera melalui
     penyelidikan atau persuratan dan sebagainya secara aktif sebelumnya dan
     secara berterusan
  •  Memberi perhatian yang serius terhadap pembinaan dan pengembangan
     sastera secara peribadi atau melalui persatuan atau bidang perkhidmatan.
  •  Cinta kepada kesusasteraan dan kegiatan kesasteraan dan sanggup
     mengorbankan wang, tenaga dan masa demi perkembangan sastera tanah
     air.
  •  Aktif menulis makalah dan menbentangkan kertas kerja di forum, seminar,
     persidangan kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
  •  Kriteria lain yang difikiran perlu oleh Panel dan Panel Negara Ahli.

PANEL PENILAI

Panel terbahagi kepada:

  • PANEL NEGARA AHLI
    Anggota Panel Negara Ahli dilantik oleh negara masing-masing iaitu Malaysia
    dan Indonesia.
  • PANEL PUSAT
    Negara Brunei Darussalam bertindak selaku Panel Pusat. Anggota Panel
    Pusat akan dilantik oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan yang terdiri
    daripada rakyat kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
    dan Yang Di-Pertua Negara Brunei Darussalam. Mereka dipilih dari kalangan
    cerdik pandai dalam bidang kebudayaan, pendidikan, kemasyarakatan,
    keagamaan dan lain-lain yang mengikut dan memahami perkembangan dan
    kemajuan sastera Melayu dengan sedar dan serius.

TUGAS PANEL NEGARA AHLI

  • Meneliti nama-nama calon dan menilai secara mendalam tokoh yang dicadangkanoleh Panel Negara Ahli. Walau bagaimanapun Panel Pusat berhak menolak calon yang dihadapkan oleh Panel Negara Ahli dan negara berkenaan boleh menghadapkan calon yang lain.
  • Mempersetujui calon dari setiap negara ahli untuk menerima Anugerah.
  • Menyediakan Anugerah kepada penerima.

Senarai penerima Anugerah Sastera Mastera

 
: 4136985
 
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  
 
 

 Kaji selidik

 

Tahap perkhidmatan yang disediakan di Laman DBP(1/11/2014-sekarang)

 

Sangat memuaskan

Memuaskan

Tidak memuaskan

Sangat tidak memuaskan

 

Lihat Bancian Lepas

  13080859130808591308085913080859130808591308085913080859130808591308085913080859 
Hari Ini 1958
Semalam 2914
Minggu Ini 37346
Minggu Lepas 6308
Bulan Ini 52626
Bulan Lepas 25600
Semua 13080859

Dewan Bahasa dan Pustaka
Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
Telefon:    03-2147 9000
Faksimile: 03-2147 9601

 [Khas Untuk Pengguna QR_Code]

Tarikh akhir kemas kini: 16 Januari 2017

Sekiranya perkhidmatan laman web tidak memuaskan/sangat tidak memuaskan  sila komen di maklum balas.

                    Hubungi Kami | Maklum Balas| Soalan Lazim | Peta Laman | Bantuan | Mobil Web | Dasar Privasi |Dasar Keselamatan| Notis | Hak cipta |Pasukan Web |W3C               

 
Laman Rasmi Kerajaan Malaysia Multimedia Super Corridor Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 8.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.