Selamat Datang Pelawat  

  Isnin, 17hb Jun 2019  

 

MABBIM


(Malaysia)

(Brunei Darussalam)


(Indonesia)


MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya Majlis ini dinamakan Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972,  setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Encik Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia pada 23 Mei 1972 di Jakarta. Majlis Bahasa Indonesia–Malaysia (MBIM) ditukar menjadi MABBIM, iaitu singkatan kepada Majlis Bahasa Brunei Darussalam–Indonesia–Malaysia apabila negara Brunei Darussalam ikut serta sebagai anggota tetap Majlis ini pada 4 November 1985. Singapura telah ikut serta dalam Sidang ini sejak tahun 1985 sebagai negara pemerhati sehingga kini.


(Singapura: Negara Pemerhati)

Wadah kerjasama kebahasaan MABBIM ini, pada hakikatnya mempunyai misi untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu/Indonesia di ketiga-tiga buah negara anggota MABBIM menjadi bahasa peradaban tinggi, bahasa ilmu, bahasa sains, bahasa teknologi moden, bahasa perusahaan, dan bahasa ekonomi.

 
: 415786
 
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  
 

 

  177460177460177460177460177460177460177460177460177460177460 
Hari Ini 0
Semalam 4
Minggu Ini 4
Minggu Lepas 117
Bulan Ini 212
Bulan Lepas 414
Semua 177460


Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 - DBP, Kuala Lumpur, MALAYSIA.