Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 19hb Oktober 2018  

 

SIDANG EKSEKUTIF

 

Sidang Eksekutif meneliti dan mengesahkan hal yang berkenaan dengan kebijakan/dasar bahasa, hasil Sidang Pakar, Mesyuarat/Musyawarah Sekretariat, dan rumusan Seminar Kebahasaan.

 

Sidang Eksekutif diselenggarakan setahun sekali di negara anggota secara bergilir-gilir dengan jarak waktu sepuluh hingga dua belas bulan dan dilaksanakan selama dua hari.

 

Sidang Eksekutif dipimpin oleh ketua perwakilan tuan rumah. Jika ketua perwakilan tuan rumah berhalangan memimpin, Sidang Eksekutif akan dipimpin oleh ketua perwakilan calon tuan rumah pada sidang berikutnya.

 

Peserta Sidang Eksekutif terdiri daripada:

(i)    Ketua Perwakilan, Setiausaha/Sekretaris, dan maksimum tiga orang anggota daripada
      Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam (JKTBMBD), Panitia Kerja Sama
      Kebahasaan  (Pakersa) Indonesia, dan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) Malaysia;
 

(ii)   Pakar rujuk/narasumber yang diperlukan untuk menyumbangkan kepakarannya;

(iii)  Pemerhati yang terbahagi kepada dua kategori:

      (a)          Pemerhati dari negara anggota

      (b)          Pemerhati dari negara Singapura



Anggota pemerhati diberi hak berbicara atas permintaan ketua perwakilan.

 

Tempat dan waktu Sidang Eksekutif ditentukan pada sidang sebelumnya.


Bahasa pengantar Sidang Eksekutif ialah bahasa Melayu/Indonesia.

 

  174156174156174156174156174156174156174156174156174156174156 
Hari Ini 0
Semalam 15
Minggu Ini 60
Minggu Lepas 73
Bulan Ini 254
Bulan Lepas 469
Semua 174156


Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 - DBP, Kuala Lumpur, MALAYSIA.