Selamat Datang Pelawat  

  Sabtu, 17hb November 2018  

TATAKERJA

Untuk mencapai tujuan yang termaktub dalam Piagam MABBIM dan untuk menjalankan fungsinya sebaik-baiknya, ketiga-tiga pihak negara anggota bersetuju menerima tatakerja berikut:      
 
 
Tugas Majlis
 
Majlis mempunyai tugas sebagai yang berikut:   

  • Menentukan tatakerja, rencana dan pelaksanaan kerja MABBIM. 
  • Menyusun pelbagai pedoman dan panduan yang berkaitan dengan pembinaan dan pengembangan bahasa. 
  • Menerima keputusan Sidang Eksekutif. 
  • Merencanakan kegiatan kebahasaan lain yang sesuai dengan semangat Piagam MABBIM.  

Sidang Majlis

  • Sidang Majlis terdiri daripada Seminar Kebahasaan MABBIM dan Sidang Eksekutif.
  • Sidang Majlis diadakan sekali setahun di negara anggota secara bergilir-gilir dengan jarak waktu sepuluh hingga dua belas bulan dan lamanya kira-kira lima hari.  

Sidang Eksekutif

  • Sidang Eksekutif adalah Sidang yang dihadiri oleh wakil-wakil rasmi dari negara-negara anggota.
  • Peserta Sidang Eksekutif terdiri daripada Ketua Perwakilan/Perutusan, Setiausaha/Sekretaris, dan sebanyak-banyaknya dua orang anggota Panitia Kerja Sama Kebahasaan/Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu.
  • Sidang Eksekutif diselenggarakan dan dipimpin oleh Ketua Perwakilan/Perutusan tuan rumah. 
  • Sidang Eksekutif hendaklah meneliti dan menerima daftar istilah yang disepakati dalam Sidang Pakar.
  • Sidang Eksekutif hendaklah mempertimbangkan Laporan Sidang Pakar dan mengambil keputusan tentang usul Sidang Pakar. 
  • Sidang Eksekutif hendaklah menyusun dan menetapkan rencana kerja Majlis.
    Sidang Eksekutif boleh mengundang nara sumber untuk menyumbangkan kepakaran yang diperlukan.
  • Sidang Eksekutif boleh mengundang peserta Sidang yang tidak menjadi anggota Eksekutif dan/atau wakil badan rasmi menghadiri Sidang Eksekutif sebagai pemerhati. 
  • Sidang Eksekutif menetapkan waktu, tempat dan tema Seminar Kebahasaan.
    Tempat dan waktu Sidang Eksekutif ditentukan dalam Sidang sebelumnya. 
    Bahasa pengantar Sidang Eksekutif ialah bahasa Melayu/Indonesia.  


Bahan Sidang Eksekutif

  • Bahan Sidang Eksekutif disediakan oleh Jawatankuasa Tetap/Panitia negara tuan rumah, bahan hendaklah dikirim oleh negara anggota kepada negara tuan rumah selambat-lambatnya dua bulan sebelum Sidang Eksekutif berlangsung. 
  • Bahan seminar diusahakan supaya diterima oleh Panitia/Jawatankuasa Penyelenggara dua bulan sebelum Sidang Majlis berlangsung.


 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  
 

 

  174529174529174529174529174529174529174529174529174529174529 
Hari Ini 0
Semalam 9
Minggu Ini 51
Minggu Lepas 84
Bulan Ini 187
Bulan Lepas 440
Semua 174529


Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 - DBP, Kuala Lumpur, MALAYSIA.