Selamat Datang Pelawat  

  Selasa, 19hb Februari 2019  

SEJARAH




Bahasa Melayu/Indonesia Sebelum MABBIM

Bahasa Melayu/Indonesia merupakan bahasa serumpun yang berasal daripada rumpun Austronesia. Dilihat dari segi warna kulit, rupa, dan budaya bangsa masyarakat penuturnya, dan struktur serta kosa kata bahasanya, memang tidak syak lagi bahawa bahasa Melayu/Indonesia mempunyai banyak persamaan. Namun, kedatangan Inggeris dan Belanda pada 1824 (Perjanjian Inggeris-Belanda 1824) telah membahagikan bahasa dan bangsa serumpun ini kepada tiga sempadan geografi dan politik yang ketara.   

Menyedari peri pentingnya bahasa serumpun ini disatukan semula bagi memastikan kelancaran komunikasi budaya, ilmu, dagang, ekonomi, teknologi, dan lain-lain, antara negara yang menuturkan bahasa Melayu /Indonesia, dan melihatkan peranan yang akan dimainkan oleh bahasa Melayu dan bahasa Indonesia di Asia Tenggara, dan di seluruh dunia, maka gagasan penubuhan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) diutarakan. Gagasan yang muncul seawal 1950-an ini mempunyai wawasan untuk menyatukan bahasa serumpun ini.

Titik permulaan bagi merealisasikan hasrat ini ialah pertemuan antara Jawatankuasa Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia pada 4-7 Disember 1959. Malaysia diwakili Tun Syed Nasir, manakala Indonesia pula diwakili Dr. Slamet Mulyana. Hasilnya ialah Sistem Ejaan Malindo yang pelaksanaannya dirancangkan pada Januari 1962.

 

                                                      Perjanjian Inggeris-Belanda



Namun, konfrontasi Indonesia-Malaysia menyebabkan pelaksanaannya tertunda sehingga 7 September 1966. Seterusnya, pada 27 Jun 1967 Jawatankuasa Ejaan Malaysia dan Tim Ahli Bahasa KOTI dari pihak Indonesia mencapai keputusan untuk mewujudkan Sistem Ejaan Baru yang praktis, ekonomis, dan ilmiah.

<Seterusnya>

 


 

  
 
: 413420
 

 

  175494175494175494175494175494175494175494175494175494175494 
Hari Ini 0
Semalam 34
Minggu Ini 54
Minggu Lepas 63
Bulan Ini 185
Bulan Lepas 303
Semua 175494


Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 - DBP, Kuala Lumpur, MALAYSIA.