Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 19hb Oktober 2018  

PERNYATAAN BERSAMA

Pada 23 Mei 1972, dalam kunjungan Menteri Pelajaran Malaysia ke Indonesia, telah diadakan perundingan antara: 

Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mashuri bersama-sama dengan pegawai-pegawainya, dan

Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Hussein Onn bersama-sama dengan pegawai-pegawainya, dan perundingan itu telah menghasilkan persetujuan bersama yang meliputi perkara-perkara pokok sebagai berikut:

  • Dalam bidang usaha bersama untuk mengembangkan bahasa kebangsaan masing-masing, yang meliputi masalah-masalah: (a) ejaan, (b) istilah, dan (c) tatabahasa, kedua-dua kerajaan bersetuju untuk:
  • Melaksanakan asas yang telah dipersetujukan antara para ahli dari kedua-dua negara pada 27 Jun 1967, tentang ejaan yang telah disempurnakan;
  • Merasmikan pelaksanaan ejaan tersebut melalui pengumuman oleh menteri masing-masing pada waktu yang sama.
  • Membentuk suatu Jawatankuasa Tetap Bersama untuk mengembangkan bahasa kebangsaan masing-masing, dan jawatankuasa ini hendaklah mengadakan mesyuarat-mesyuaratnya dari semasa ke semasa dengan bergilir-gilir tempat antara kedua-dua negara; Jawatankuasa ini hendaklah bersidang selambat-lambatnya pada 31 Disember 1972 di tempat yang ditetapkan bersama.
  • Melindungi dan menghormati hakcipta pengarang-pengarang dari negara masing-masing dan untuk itu membentuk Jawatankuasa Tetap Bersama Hakcipta; Jawatankuasa ini juga mesti telah mengadakan persidangannya selambat-lambatnya pada 31 Disember 1972.
  • Dalam usaha kerjasama di bidang pendidikan, kedua-dua kerajaan bersetuju untuk menyusun suatu jadual jangka panjang yang meliputi antara lain pengiriman guru-guru di peringkat perguruan menengah dan perguruan tinggi, pengiriman pengajar-pengajar serta penyelidik-penyelidik.
  • Dalam bidang pengiriman tenaga perguruan dan penyelidik, kedua-dua kerajaan bersetuju untuk melaksanakan syarat-syarat yang dilaksanakan kepada guru-guru dan penyelidik-penyelidik tempatan yang sama tarafnya.
  • Dalam bidang pengiriman guru-guru, penyelidik-penyelidik dan pengajar-pengajar, kedua-dua kerajaan bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Departemen Pendidikan dan Kebudayaan bagi pihak Indonesia dan Kementerian Pelajaran serta universiti-universiti tempatan bagi pihak Malaysia.
  • Dalam bidang pertukaran pengalaman antara pegawai-pegawai kanan kedua-dua negara, kedua-dua kerajaan bersetuju mengadakan lawatan-lawatan dari semasa ke semasa dengan secara bergilir terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republlik Indonesia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

(Pernyataan Bersama ini dibuat di Jakarta, Indonesia, pada 23 Mei 1972 dan ditandatangani oleh Encik Hussein Onn, Menteri Pelajaran Malaysia, dan Bapak Mashuri, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia).


 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  
 

 

  174156174156174156174156174156174156174156174156174156174156 
Hari Ini 0
Semalam 15
Minggu Ini 60
Minggu Lepas 73
Bulan Ini 254
Bulan Lepas 469
Semua 174156


Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 - DBP, Kuala Lumpur, MALAYSIA.