Selamat Datang Pelawat  

  Jumaat, 14hb Disember 2018  

SIDANG PAKAR

 

Sidang ini mempertemukan pakar dalam pelbagai bidang ilmu dalam kalangan negara anggota MABBIM. Sebanyak empat jawatankuasa kerja terlibat dalam Sidang ini iaitu Jawatankuasa Penyelidikan, Jawatankuasa Pemupukan, Jawatankuasa Penerbitan dan Jawatankuasa Peristilahan.

Sidang Pakar terdiri daripada empat jawatankuasa/komisi yang pelaksanaan tugasnya berdasarkan Keputusan Sidang Eksekutif.

 

i.

Jawatankuasa/Komisi Peristilahan 

 

Jawatankuasa/Komisi Peristilahan bertugas dalam merancang penyusunan istilah dan kamus bidang ilmu. Penyusunan senarai istilah dan kamus bidang ilmu dilakukan oleh kelompok pakar bidang ilmu.

ii.

Jawatankuasa Penyelidikan/Komisi Penelitian

 

Jawatankuasa Penyelidikan/Komisi Penelitian bertugas dalam merancang dan melakukan  penelitian ilmiah dan praktis yang berkaitan dengan Mabbim.

iii.

Jawatankuasa Pemupukan/Komisi Pembinaan

 

Jawatankuasa Pemupukan/Komisi Pembinaan bertugas dalam melaksanakan kegiatan kebahasaan yang bersesuaian dengan semangat Piagam Mabbim.

iv.

Jawatankuasa/Komisi Penerbitan

 

Jawatankuasa/Komisi Penerbitan bertugas dalam melaksanakan hasil keputusan Sidang Eksekutif dalam bidang penerbitan, dalam rangka pemasyarakatan hasil Mabbim sesuai dengan Piagam Mabbim.

 

 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  
 

 

  174864174864174864174864174864174864174864174864174864174864 
Hari Ini 0
Semalam 9
Minggu Ini 59
Minggu Lepas 44
Bulan Ini 114
Bulan Lepas 408
Semua 174864


Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.
Hak Cipta Terpelihara @ 2016 - DBP, Kuala Lumpur, MALAYSIA.