Selamat Datang Pelawat  

  Rabu, 29hb Mac 2017  

Utama

PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN ALAM MELAYU (PAPAM) 2016



Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi salah satu rakan sinergi Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam penganjuran Persidangan Antarabangsa Pengajian Alam Melayu (PAPAM) 2016, pada 19 hingga 20 September 2016, di Royal Asiatic Society (RAS), London.

 

 

SIDANG MAJLIS ANTARABANGSA BAHASA MELAYU (MABM) WILAYAH EROPAH


Dewan Bahasa dan Pustaka telah melaksanakan Sidang Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) Wilayah Eropah pada 20 September 2016 di Russell Square, School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Datuk Haji Abdul Adzis Abas (Pengerusi Tetap), Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, Dr. Ben Murtagh (England), Prof. Dr. Arndt Graf (Jerman), Dr. Laurent Metzger (Perancis), Puan Aminah Awang Basar dan Puan Siti Sarah Mohd Husin.

 

MAJLIS PERASMIAN JABATAN BAHASA MELAYU DI GUANGDONG UNIVERSITY OF FOREIGN STUDIES

 

YBhg. Datuk Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka telah merasmikan Jabatan Bahasa Melayu di Guangdong University of Foreign Studies (GDUFS), Republik Rakyat China pada 9 September 2015. Penubuhan Jabatan Bahasa Melayu ini lebih bermakna dengan sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan GDUFS pada tahun ini. Jabatan Bahasa Melayu mula dibuka pada bulan September 2015 dan ambilan pelajar yang pertama adalah seramai 20 orang.

 

GDUFS merupakan universiti yang menerima watikah pelantikan sebagai Badan Pengembangan Bahasa Melayu oleh mantan YAB Timbalan Perdana Menteri pada 2 Disember 2014. GDUFS merupakan salah satu daripada tiga buah universiti yang menjalankan penyelidikan bahasa asing di negara China selain daripada Beijing Foreign Studies University dan Shanghai Foreign Studies University. GDUFS menawarkan 8 bidang ilmiah dan 64 jenis jurusan termasuk bidang ekonomi, pentadbiran dan sains..


 

KUNJUNGAN DELEGASI GUANGDONG UNIVERSITY OF FOREIGN STUDIES, REPUBLIK RAKYAT CHINA KE DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
 

Pada 27 November 2015, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerima kunjungan daripada Prof. Chen Duoyou, Pengarah Fakulti Bahasa dan Budaya Asia dan Prof. Tanxiao, Ketua Jabatan Bahasa Melayu dari Guangdong University of Foreign Studies (GDUFS), Republik Rakyat China. Kedatangan delegasi GDUFS bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani dengan DBP pada Ogos 2000.

 

GDUFS merupakan salah satu universiti di China yang menerima watikah pelantikan sebagai Badan Pengembangan Bahasa Melayu oleh mantan YAB Timbalan Perdana Menteri pada 2 Disember 2014 di Beijing Foreign Studies University (BFSU). Pada September 2015, Jabatan Bahasa Melayu GDUFS telah memulakan pengambilan pelajar kumpulan pertama seramai 20 orang untuk mengikuti program bahasa Melayu. 

 


  22965229652296522965229652296522965229652296522965 
Hari ini Hari Ini 3
Semalam Semalam 0
Minggu ini Minggu Ini 5
Minggu Lepas Minggu Lepas 17
Bulan ini Bulan Ini 43
Bulan Lepas Bulan Lepas 45
Semua Keseluruhan 22965

Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.
Hak Cipta Terpelihara @ 2014 - 2015 DBP