BUMI |
Bumi yang berbentuk bulat menjadi bulan sabit sekaligus menjadi pemancar dan alat komunikasi moden yang memberi makna tersendiri dalam merealisasikan wawasan MABM |
|
|
SKRIN KOMPUTER |
Skrin komputer yang direkabentuk secara grafik dan dinamik berasaskan garisan-garisan melintang yang berwarna biru laut dan merah tua menghasilkan bayang pena iaitu lambang persuratan. Tiga puluh garisan merah, biru, putih pula menggambarkan kepelbagaian aktiviti yang dinaungi oleh Majlis ini. |
|
|
PENA |
Imej pena menjadi lambang ilmu dan wahana penyebaran serta pengembangan bahasa Melayu. Jarum aliran pena berwarna biru di tengah-tengah logo menjadi tunjang matlamat MABM |
|
|
MATA PENA |
Imej mata pena dengan skrin komputer memancarkan idea pelbagai media untuk menyampaikan agenda MABM melalui evolusi dari mata pena yang menulis kepada teknologi komputer yang mengaturkan skrin, imej, audio dan video. |
|
|
TIANG SERI |
Tiang seri rumah Melayu secara simbolik berfunsi sebagai tapak yang mantap dan kukuh yang menjadi dasar dan landasan Majlis ini. |
|
|
WARNA LOGO |
Tiga warna utama digunakan dalam logo, iaitu merah tua, warta utama dalam budaya Melayu, biru tua (warna perpaduan antarabangsa) dan biru laut, warna korporat Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia sebagai badan penggerak Majlis ini. |
|
Perkataan "Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu" yang berbentuk satu bulatan dalam tulisan Jawi dan Rumi pada logo ini memberi pengertian sebagai badan penaung dan pelindung. Ia juga membawa maksud kesepaduan dan kesepakatan yang terjalin antara ahli Majlis dari timur dan barat. |
|
Logo ini juga memberi gambaran sebuah bahtera yang melayari samudera antarabangsa untuk mencapai matlamatnya. |