Selamat Datang Pelawat  

  Isnin, 16hb Disember 2019  

MABM > Latar Belakang

 

 

Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada lima bahasa di dunia yang paling banyak penuturnya; sehingga kini jumlah penduduk yang mengguna bahasa Melayu sudah melangkaui 200 juta orang dan bukti bahasa Melayu masih terus berkembang.  
 
 Dari sejarah pula, bahasa Melayu pernah menjadi bahasa perdagangan dan lingua franca di alam Melayu sejak abad ke-7 iaitu pada zaman Kerajaan Srivijaya dan semakin berkembang di zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kemudian fungsi ini merosot setelah kedatangan penjajah Barat, khususnya Inggeris pada akhir abad ke-20 minat orang luar untuk mempelajari, mengkaji dan menggunakannya mula meningkat dengan pesat. Pada akhir-akhir ini, pelbagai aktiviti kebahasaan peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa baik yang bersifat ilmiah, separa ilmiah seperti persidangan dan seminar, atau yang bersifat penggalakan seperti pertukaran pegawai/pelajar berlaku di pelbagai peringkat.  
 
 Di peringkat antarabangsa, bahasa Melayu sudah dipelajari dan dikaji di institusi pengajian tinggi seperti SOAS, Soborne, Universiti Leiden dan Universiti Moscow sejak beberapa dekad yang lalu.  Di samping itu, siaran Suara Malaysia dan Suara Indonesia dari negara-negara luar juga semakin hari semakin bertambah; begitu juga dengan aktiviti kebahasaan, khususnya yang bersifat persidangan, pertukaran pakar dan penyelidik, pertukaran bahan berbahasa Melayu dan yang seumpamanya.

 
Jumlah Capaian : 4383
 

  25198251982519825198251982519825198251982519825198 
Hari ini Hari Ini 2
Semalam Semalam 1
Minggu ini Minggu Ini 3
Minggu Lepas Minggu Lepas 17
Bulan ini Bulan Ini 56
Bulan Lepas Bulan Lepas 85
Semua Keseluruhan 25198

Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.
Hak Cipta Terpelihara @ 2014 - 2015 DBP