Selamat Datang Pelawat  

  Khamis, 9hb Disember 2021  

MASTERA > Pengenalan


PENGENALAN
         
 

MASTERA atau Majlis Sastera Asia Tenggara dipersetujui pada asasnya oleh tiga Negara Pendiri (Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia) dalam Kongres Bahasa Melayu Sedunia pada 25 Ogos 1995, yang diwujudkan untuk bidang sastera.


Penubuhan MASTERA telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Datuk Khalid Yunus sempena Majlis Pelancaran MASTERA dan Sidang Pertama MASTERA di Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala lumpur pada 12 Ogos 1996. Majlis tersebut telah disaksikan oleh wakil-wakil dari negara Singapura, Thailand, Filipina, dan Vietnam. Pada hari bersejarah tersebut juga rancangan lima tahun kegiatan MASTERA (1996-2000) telah dibincangkan dan dipersetujui oleh ketiga-tiga Negara Pendiri..   


MASTERA telah diputuskan sebagai sebuah majlis serantau yang mewakili lembaga pemerintah setiap negara anggota. Keanggotaannya terdiri daripada tiga kelompok, iaitu Negara Pendiri, Negara Anggota dan Negara Pemerhati.     MASTERA kini dianggotai oleh negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.

Negara Singapura telah menjadi negara anggota pada tahun 2012. Majlis menandatangani Perisytiharan Bersama oleh negara Singapura telah diadakan dalam Sidang ke-18 MASTERA pada 17 Oktober 2012  di Kuala Lumpur. Thailand pula secara rasminya menjadi negara anggota MASTERA pada 18 September 2014. Majlis menandatangani Perisytiharan Bersama telah diadakan semasa Majlis Pembukaan Sidang Ke-20 MASTERA di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, Negara Brunei Darussalam. 

 

 
: 18207
 
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini   E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
 


Pautan

Badan Bahasa Pengembangan
dan Pembinaan Indonesia 

Pusat Bahasa Melayu
Singapura

Facebook DBP Brunei    

Facebook Majlis Sastera Asia Tenggara

f..


 

  55148551485514855148551485514855148551485514855148 
Hari ini Hari Ini 5
Semalam Semalam 8
Minggu ini Minggu Ini 23
Minggu Lepas Minggu Lepas 20
Bulan ini Bulan Ini 33
Bulan Lepas Bulan Lepas 87
Semua Semua 55148


Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
(Talian Umum)--Telefon: 03-2147 9000, 03-2147 9128, 
Faksimile: 03-2147 9610

 

PENAFIAN : DBP tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh pengguna maklumat yang diperolehi dari laman ini.
Paparan terbaik Internet Explorer  Ver. 6.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel.